Mengenai MIA

Mengenai MIA:

Kami mempunyai barisan kakitangan yang profesional, berkemahiran dan kompeten dalam sektor pelaburan kewangan, terutamanya di dalam penyediaan maklumat dan latihan dagangan FOREX dan komoditi logam. MIA bekerjasama rapat dengan wakil niaga-wakil niaga terkemuka melalui teknologi baru --- sistem dagangan sejajar, yang membolehkan para pelanggan menjana keuntungan dengan mudah 24 jam, 5 hari seminggu, meskipun mereka tiada kemahiran langsung di dalam pasaran dagangan.

Pemberitahuan Maklumat Wajib:

Syarikat wakil niaga tukaran wang asing pertama yang bekerjasama dengan MIA adalah Odin Management Pty Ltd. Co. (FX ODIN). Nombor pendaftaran FX ODIN adalah 224022, dan di bawah kawalselia ASIC.

Wawasan:

Wawasan kami adalah untuk menjadikan platfom MIA yang terbaik di kalangan pasaran platfom kewangan bertaraf dunia, dan untuk meningkatkan taraf hidup dan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada lebih ramai orang.

Misi:

Membolehkan para pelanggan menikmati risiko terendah dengan pulangan pelaburan yang berterusan, dan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

About Us Banner

Objektif MIA

Mia Purpose Icon 1

Jaminan Pelaburan

Kami memastikan wakil niaga-wakil niaga pelaburan yang di ambil bekerja oleh syarikat kami dipilih berdasarkan piawaian ketat di bawah kawalselia pihak-pihak berwajib yang berkaitan, untuk memastikan modal pelaburan para pelanggan kami terjamin selamat.

Mia Purpose Icon 2

Ketelusan Maklumat

Bagi para pelanggan yang telah mendaftarkan nama mereka untuk akaun MT4, anda boleh log masuk untuk melihat semua rekod dagangan pada bila-bila masa.

Mia Purpose Icon 3

Professionalism

MIA mempunyai kakitangan yang kompeten di dalam bidang masing-masing, dari wakil niaga pelaburan hinggalah pegawai bimbingan pasaran kewangan, perunding pemasaran dan pegawai khidmat pelanggan. Mereka mempunyai latar belakang pengalaman yang luas untuk memastikan para pelanggan mendapat mutu perkhidmatan yang terbaik.

MIA Founder

Profil Pengasas MIA

Antonio Ferez, pengasas platfom MIA, adalah seorang penganalisa makroekonomi yang terkenal dan seorang pakar di dalam dagangan pasaran tukaran mata wang asing di Asia Tenggara. Pada tahun 2007, beliau telah mula membina kekayaannya dari pasaran saham pada usia 25 tahun. Menggunakan kemahiran beliau di dalam perniagaan dan pengendalian modal, beliau telah melipatgandakan kekayaan peribadinya 57 kali ganda. Antonio pernah bekerja sebagai seorang wakil niaga pasaran tukaran wang asing di sebuah institusi kewangan di Britain. Sejak tahun 2007, beliau telah menjadi terkenal dengan rekod, kepakaran dan kecekapannya dalam urusniaga dagangan pasaran kewangan. Beliau juga mempunyai hubungan kerjasama pelaburan dengan beberapa buah syarikat. Oleh kerana Antonio mempunyai pengalaman kerja yang luas, beliau telah dilantik sebagai seorang penasihat/perunding pengurusan dagangan FOREX untuk pelbagai organisasi. Sasaran/matlamat Antonio sekarang adalah untuk menembusi pasaran Asia dan beliau ingin menggunakan platfom MIA sebagai permulaannya. Tujuannya adalah untuk membolehkan para pelanggan Antonio untuk memperolehi keuntungan pelaburan yang besar menggunakan kepakaran wakil niaga-wakil niaga platfom MIA yang profesional dan kompeten.

Pesan kata dari Antonio Ferez

- Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk sentiasa peka pada setiap saat dan ketika, melindungi aset (para pelanggan). Meskipun saya sudah maklum tentang strategi polisi kewangan untuk dua tahun kedepan yang dibentangkan oleh Janet Louise Yellen, presiden Bank Rizab Persekutuan, saya masih tidak akan mengubah sebarang halatuju strategi pelaburan saya sekarang. Saya percaya kepada naluri dan gerak hati diri saya sendiri dan apa yang saya telah lihat dengan mata saya sendiri.

Ciri-ciri

Feature Financial Security

Jaminan Pengurusan Dana

Jaminan dana pelaburan:

Dana para pelanggan akan disimpan di dalam akaun yang dikawalselia oleh Badan Kawalan Perkhidmatan Kewangan Australia untuk dana para pelanggan hanya dikendalikan dan didagangkan oleh para pelanggan sendiri untuk dagangan pelaburan. Dana para pelanggan akan dimasukkan terus ke akaun syarikat wakil niaga pelaburan. Para wakil niaga juga akan dikawalselia oleh syarikat pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan pematuhan peraturan dan undang-undang. MIA akan berbincang dengan pihak wakil niaga-wakil niaga untuk bekerjasama menggunakan peraturan-peraturan operasi yang seragam. Ini adalah untuk memastikan dana para pelanggan diuruskan dengan baik.

Feature Transaction Proctection

Jaminan Urusniaga Dagangan

Platfom MIA menggunapakai model Dagangan Sejajar, dalam mana urusniaga-urusniaga dagangan akan dilaksanakan dengan serta-merta. Urusniaga dagangan para pelanggan akan dipadankan secara langsung di pasaran dunia untuk menghindari pengaruh wakil niaga-niaga ke atas harga. Dengan demikian, ini dapat memastikan ketelusan dan kesamarataan di dalam dagangan para pelanggan.

Feature External Audit

Audit luaran

Platfom MIA akan diaudit oleh firma perakaunan dunia yang terkemuka. Juruaudit luaran akan menjalankan kerja-kerja mengaudit keadaan/kedudukan kewangan platfom MIA dari semasa ke semasa, untuk memastikan dana para pelanggan sentiasa dipantau dan diselenggara dengan baik.

Feature Platform and Information Security

Jaminan keselamatan penggunaan platfom dan maklumat

Dengan bantuan peralatan dan teknologi terkini, platfom dan sistem pelayan urusniaga dagangan dijamin beroperasi dengan baik. Sementara itu, pengekodan/enkripsi maklumat yang dihantar melalui internet, yang dibenarkan di bawah piawaian antarabangsa, digunakan untuk mengekalkan tahap kerahsiaan maklumat dan rekod urusniaga pelanggan yang tinggi.

Feature Account Management

Pengurusan akaun

Kami menggunakan sistem Dagangan Sejajar terkini dan memilih wakil niaga-wakil niaga profesional berdasarkan piawaian ketat untuk mewakili para pelanggan kami di dalam urusniaga-urusniaga dagangan di dalam berbagai platfom dagangan tukaran mata wang asing dunia. Kami membekalkan para pelanggan rokod-rekod urusniaga yang dilaksanakan oleh wakil niaga-wakil niaga kami sebagai rujukan dan audit. Memandangkan setiap wakil niaga mempunyai gaya dagangan yang berbeza, kami berupaya memenuhi setiap kehendak para pelanggan kami.

Feature External Audit

Syarikat-Syarikat Bersekutu

Wakil Niaga Tukaran Mata Wang Asing - Odin Management Pty Ltd (FX ODIN)

Wakil Niaga - Semua wakil niaga MIA yang berkelayakan mestilah bersetuju dan mematuhi semua peraturan, undang-undang, dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh MIA. Selain daripada itu, para wakil niaga wajib lulus proses pengauditan dan penilaian, dalam mana sahsiah diri dan pengalaman para wakil niaga akan diteliti.

Investment Banner

Fasal Pelaburan

Kami menjamin kerahsiaan semua maklumat peribadi para pelanggan yang diberikan ketika proses pendaftaran. Jika terdapat kebocoran maklumat peribadi pelanggan, penalti akan dibayar kepada pelanggan mengikut syarat-syarat dan terma kontrak.

Para pelanggan bersetuju untuk mematuhi terma-terma penggunaan mana-mana perkhidmatan pihak ketiga yang menyediakan khidmat sokongan teknikal atau pembekalan maklumat. Pihak syarikat bertanggungjawab di atas sebarang kesilapan yang disebabkan oleh pihak ketiga, yang mana adalah di luar kawalan kami.

Tanggungjawab para pelanggan:

  • ID Log Masuk dan kata laluan hendaklah disimpan secara rahsia
  • Bersetuju untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua tindakan yang dilakukan setelah log masuk menggunakan ID dan kata laluan
  • Bersetuju untuk bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tindakan yang dilakukan, termasuklah keputusan dan tindakan yang diambil dalam urusniaga pasaran kewangan

Untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan dan untuk memastikan perkhidmatan diberikan sepertimana yang dijanjikan, para pelanggan bersetuju dengan polisi pihak syarikat merakam perbualan telefon bersama pelanggan.

Jika mana-mana yang berikut terjadi, pihak pelanggan bersetuju bahawa pihak syarikat mempunyai hak mutlak untuk menamatkan atau menggantung akaun pelanggan:

  • Akaun digunakan untuk pengubahan ang haram dan aktiviti penipuan lain
  • Akaun dagangan didaftarkan menggunakan maklumat palsu
  • Jika pelanggan melanggar terma-terma dan syarat perjanjian dagangan, untuk tujuan pemeriksaan (pengesahan maklumat pendaftaran, pengenalpastian identiti pelanggan, rekod-rekod pemasukan dana), syarikat kami berhak untuk menamatkan semua kegiatan dagangan pemilik akun.

Mata Wang Asing (Soalan & Jawapan)

Apakah itu mata wang asing?

Pasaran tukaran mata wang asing yang juga dikenali sebagai FOREX atau FX, adalah pasaran dagangan mata wang terbesar dunia. Perolehan harian pasaran FOREX melebihi USD6 trilion dan merupakan pasaran terbesar dan paling aktif di dunia. Urusniaga FOREX sangat mudah. Tidak kira samada anda menukar 100 Euro ke USD atau pihak bank menukar USD1 Juta ke Yen, semua transaksi adalah FOREX. Para peserta pasaran atau pelabur FOREX sangat luas, mulai dari institusi kewangan yang mengelola jutaan dana hinggalah ke pelabur runcit/individu.

Apakah itu lejang harga?

Perbezaan di antara HARGA BELIAN dan HARGA JUALAN disebut sebagai lejang harga. Semakin kecil perbezaan di antara harga HARGA BELIAN dan HARGA JUALAN, semakin kecil lejang harganya, yang bermakna kos pelaburan yang lebih rendah untuk pelabur. Dalam jangka masa panjang, jumlah lejang harga akan memberi kesan atau impak yang lebih besar kepada keuntungan atau kerugian keseluruhan pelabur jangka pendek. Namun demikian, ia tidak memberikan sebarang kesan kepada pelabur jangka panjang.

Apakah saiz lot biasa?

Saiz lot biasa yang didagangkan di pasaran FOREX ialah 100,000 unit mata wang asas. 1,000 unit adalah saiz lot 0.01. Jumlah bilangan kontrak di dalam urusniaga tukaran mata wang asing adalah jumlah urusniaga itu sendiri, jumlah wang untuk membeli / menjual. Unit kontrak adalah unit ukuran jumlah urusniaga tukaran mata wang asing. Bilangan saiz lot juga merupakan pengiraan jumlah dagangan. Pertukaran mata wang asing, saiz lot standard untuk jumlah kontrak 100,000 unit (100,000), juga dikenali sebagai 100K

Apakah itu ambil untung atau henti rugi?

Perintah ambil untung (A/U) adalah perintah dagangan yang digunakan oleh para wakil niaga dagangan mata wang asing, untuk menetapkan kadar atau jumlah pip tertentu dari titik harga semasa, di mana kedudukan terbuka di dalam pasaran akan ditutup untuk pengambilan untung. Kadar yang dianggap sebagai tahap di mana para wakil niaga ingin mengambil untung kadang-kadang disebut sebagai "titik ambil untung". Salah satu konsep yang paling rumit dalam dagangan FOREX adalah pengurusan perintah henti dagang. Sepertimana yang dimaksudkan oleh istilah ini, perintah henti-rugi (H/R) adalah perintah dagangan yang menutup kedudukan terbuka dagangan anda apabila kadar kerugian anda mencapai jumlah kerugian yang telah anda tetapkan ketika anda menetapkan perintah henti rugi tersebut.

Apakah itu titik kedudukan harga (PIP)?

Titik kedudukan harga adalah unit untuk mengira keuntungan atau kerugian anda. Oleh kerana kebanyakan mata wang (kecuali mata wang yen) disebutharga sehingga empat tempat perpuluhan (1/100 sen = 0.0001) biasanya adalah apa para wakil niaga peniaga harus perhatikan ketika mengira "PIP". Perubahan 0.0001 adalah bersamaan dengan perubahan 1 pip. Sebagai contoh, jika kadar pasangan mata wang euro / dolar telah naik dari 1.4022 ke 1.4027, euro / dolar telah meningkat 5 pip.

Apakah itu leveraj / margin?

Sepertimana yang telah disebutkan di atas, semua urusiaga dilaksanakan menggunakan dana yang dipinjam. Ini membolehkan anda menggunakan leveraj 200:1, dalam mana anda hanya perlu mengadakan margin awal / deposit sebanyak $5 untuk melaksanakan dagangan bernilai $1000 di dalam pasaran. Ini bermakna anda boleh menggunakan akaun anda untuk menikmati nilai dagangan yang lebih tinggi dengan nilai pelaburan yang minima. Walau bagaimanapun, leveraj berpotensi meningkatkan kerugian anda. Oleh itu, penggunaan mana-mana tahap urusniaga tukaran mata asing yang berleveraj mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur.

Apakah itu wakil niaga tukaran mata wang asing?

Sebuah pasaran tukaran mata wang asing akan mempunyai banyak wakil niaga-wakil niaga tukaran mata wang asing jika pasarannya aktif. Di Amerika Syarikat, para wakil niaga ini dikenali sebagai Wakil Niaga Pasaran. Sama seperti peranan wakil niaga saham, wakil niaga tukaran mata wang asing hanya memainkan peranan sebagai perantara di dalam pasaran. Untuk mendapatkan komisen, wakil niaga akan berunding dengan pihak pembeli bagi pihak pelanggan yang diwakilinya ke atas kadar tukaran mata wang tertentu. Ini akan menyebabkan urusniaga FOREX secara langsung atau tidak langsung dengan bank sepertimana yang telah diaturkan oleh wakil niaga.

Siapakah yang mengawalselia pasaran FOREX?

Untuk memudahkan kawalselia pasaran FOREX, negara-negara yang mengenakan peraturan dan kawalan ke atas pasaran FOREX, biasanya mempunyai badan tadbir yang ditubuhkan untuk tujuan pengawasan pasaran. Sesetengah negara melantik bank pusat mengawalselia pasaran tukaran mata wang asing manakala sesetengah negara menubuhkan badan tadbir tukaran mata wang asing untuk melaksanakan tugas-tugas pengawalseliaan.

Apakah itu MetaTrader4 (MT4)?

MT4 adalah platfom dagangan atas talian yang direkabentuk khusus untuk institusi kewangan melaksanakan dagangan tukaran mata wang asing, kontrak perbezaan harga (CFD) dan kontrak hadapan. Lebih daripada 100 syarikat wakil niaga tukaran mata wang asing di lebih dari 30 negara telah memilih untuk menggunakan perisian MT4 sebagai platfom dagangan rangkaian. Ini adalah kerana perisian ini dilengkapi dengan rangkaian perkhidmatan penuh dan terkini untuk para wakil niaga. MT4 adalah perisian yang bermanfaat kerana ia mempunyai kombinasi fungsi 3 dalam 1, iaitu carta pasaran, analisis teknikal dan perlaksanaan dagangan di dalam pasaran.

Apakah itu dagangan sejajar?

Dagangan sejajar adalah penggunaan sistem canggih yang mendokumentasikan urusniaga pelabur kewangan yang menggunakan teknologi dokumentasi urusniaga. Sebaik sahaja didokumentasikan, penyedia khidmat isyarat taktikal dagangan akan memuatkan notifikasi urusniaga terkini. Ini memberikan peluang-peluang baru kepada para pelabur untuk berurusniaga bersama dengan para pelabur profesional atau mahir. Di samping itu, dagangan sejajar juga adalah seperti perkhidmatan Pakar Penasihat Pelaburan (PPP), yang boleh diberikan melalui mana-mana platfom MT4.

Apa itu www.myfxbook.com?

Ini adalah sebuah laman web yang memberikan maklumat tentang prestasi pihak ketiga. Samaada anda seorang profesional, berpengalaman atau pelabur baru, laman web ini mudah digunakan dan bermanfaat untuk anda. Laman web ini menunjukkan butiran lengkap urusniaga FOREX anda. Ianya termasuklah: Tarikh pendaftaran akaun, jumlah deposit dan jumlah pengeluaran, butiran urusniaga, jumlah dagangan, dagangan komoditi dan hasil dagangan. Anda akan memperolehi pelbagai jenis data yang berbeza melalui analisis carta web dari laman web ini, seperti peratusan keuntungan, jumlah keuntungan, keuntungan bulanan, bilangan urusniaga, keuntungan bulan semasa dan bulan sebelumnya, tahun ini dan tahun sebelumnya. Laman web ini sudah dikenali dengan meluas di dalam industri. Laman ini diiktiraf oleh syarikat-syarikat pengurusan dana, wakil niaga-wakil niaga profesional dan syarikat-syarikat pengurusan aset.

Hubungi Kami